Sabtu, 8 Disember 2012

cinta ini bukan milik kita



ya Allah......

Bila ini bukan masanya......

Bila ini belum saatnya.....

Jarakkan kami....

Pisahkan kami....

Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia...

Agar kami tak mengundang murkaMU.....

Agar kami dapat lebih menjaga hati.......

Jumaat, 7 Disember 2012

yg tertulis di Lauhul mahfuz

untukmu di yg tertulis di Lauhul mahfuz


duhai calon isteriku......yang tertulis di Lauhul Mahfuz yang masih menjadi rahsia Ilahi...

aku akan berusha mencintaimu dalam setiap sujudku dan gelep malam ku..dalam setiap tasbih cintaku...aku akan mencintaimu dalam diamku tanpa merosokan Izzah dan Mawardahmu...aku akan menjagamu sebaik yang mampu jika benar aku mencintaimu kerana Allah...

semoga cinta yang akan datang ini tidak merosakkan antara satu sama lain dan tidak menjauhkan kita dengan cinta Allah..

akan ku tunggu engkau dalam gerbang kehalaman yang akan kita bina bersama dan menjalani hidup dalam meraih redhaNya..

sebelum itu tetapkanlah hatimu dan hatiku menjaga cinta yang kita bina kerana Allah...




kerinduan ini hanya milik Allah~

assalamualaikum~

selamat pagi~

hari ni cuti duduk jer dekat rumah..xtahu nk buat apa...anak sedara plak demam.. kesian dia.... tapi dia tetap comel walaupun demam.. asihh.. asyik nak berdukung jer...makin manja...ingat nak balik kampung hari ni...tapi anak sedara dah demam rasa xsmpai hati pulak nk tinggal..... semoga cepat sembuh..... amin...

rasa best jugak bila main dengan budak2 kecil ni...raa seronok...rasa tenang jer...knp timbul perasaan ni eak? eemm.... klu ada rezeki..ada jodoh...nak kawin jugak la....main dgn anak sendiri lagi syok kot..hahaha... semalam terkejut jugak mak ada call suruh balik...ada sesuatu yang nk bagi tahu..nk ditunjukkan...apa dia la agaknya...katanya suruh balik dulu baru bagi tahu....

eeemmm...pagi ni rasa rindu sangat dekat awak.... ya Allah peliharalah aku.sekiranya aku merindui hamba MU jangan la kau biarkan aku merindunya lebih dari merinduiMu.... semakin hari saya rasa semakin jauh dengan awak... mungkin Allah nak ambik balik awak dari saya....dua bagi awak kenal dgn saya...dan saya kenal awak...smpai satu masa...dia ambik awak balik......

ya Allah..aku serahkan semuanya pada mu untuk Kau aturkan kehidupan ini...

Khamis, 6 Disember 2012

jangan la bersedih~

setiap kali saya sembang dengan awk.... setiap kali saya cakap tentang calon yang mak awak carikan untuk awak...saya rasa sedih..mungkin awak xtahu kot... saya saje jer buat2 happy depan awak.... buat mcm bagi green light....padahal saya sedih.... awak nak tahu apa yang sebenarnya hati saya cakap?? 

"awak....jangan la pergi dengan dia.... sy xsanggup dan xnak lepaskan awak dengan dia... saya nak awak jadi isteri saya...  " tapi sy xboleh cakap mcm ni..awk bukan milik saya..awk milik mak dgn ayah awak..mereka lebih berhak keatas awak... saya hanya mampu berdoa dan berserah dgn Allah....

semoga awak akan dapat yang terbaik.... mlm ni sy sekali lagi buat awak sedih...maafkan saya awak...sy xder niat nk buat awk sedih,.......sian awk...dah la penat2 balik kerja malam..sy pulak buat hal... aisshh..... maafkan saya....


Rabu, 5 Disember 2012

YA ALLAH JAGALAH DIA WALAUPUN DIA BUKAN UNTUK KU


~YA ALLAH JAGALAH DIA WALAUPUN DIA BUKAN UNTUK KU~


YA ALLAH, Engkau jaga lah dia untuk aku..
Di kala ini dia bukan yang halal untukku..
Agama yang membataskan dia dan aku.
demi Engkau ya Tuhan, aku takut untuk mendekatinya..

dan demi dia, aku takut menghampirinya..
tiada siapa yang mampu aku meminta pertolongan
Kecuali Engkau YA ALLAH

Hanya kepadaMu aku sandarkan hidup ini
sejahat mana pun aku,
sebesar mana pun dosaku padaMu,
aku tidak akan pernah lupa kepada Mu..

Kadang-kadang aku alpa
namun, di sudut hati ini,, Engkau lah Tuhanku
YA ALLAH..
jaga lah dia untukku,
di saat dia rebah, Engkau kuatkanlah dia,
agar dia bisa berdiri
seteguh tiang yang mampu menampung bebanannya.

di saat dia bahagia & senang di bumi Mu ini
jangan Engkau biarkan dia lupa akan kehidupan ini hanyalah sementara
di saat dia merintih,
sedarkanlah dia, bahawa tiada duka yang kekal abadi di dunia
setiap malam itu akan berakhir.
dan hari-hari yang ada, pasti akan berganti..
Ya Tuhan,
dikala ini sungguh aku merinduinya
namun, aku tidak mampu..
hati itu milikMU
segala apa yang ada padanya adalah milikMU
bukan milikku..



Ya Allah, Bila dia bukan untuk ku, Bila dia bukan jodohku, Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya. Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku. Ya Allah, Bila ini bukan masanya, Bila ini belum saatnya, Jarakkan kami. Pisahkan kami. Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia. Agar kami tak mengundang murkaMU..

Isnin, 3 Disember 2012

lepaskan sesuatu yang bukan milik kita...

nak taip pun dah rasa sedih ni..adoi....

ada masa kita rasa gembira...kadang ada masa kita rasa sedih.... part yg xsuka ni bab sedih la.. knp awak xbagi tahu saya awal2 yang mak awak dgn ayah awak dah carikan awak calon.... saya rasa serba salah sebab saya dah kawan dengan awak smpai di sini... dulu masa kawan awak bg tahu yang awak xder sape2 pun... saya makin berani nak kawan dengan awak...sebab saya rasa saya xambik dan ganggu hak sapa2...sekarang rasa bersalah pulak.... eemm... rupa2nya orang yang sentiasa ada dalam doa saya selepas saya solat sudah ada calon yang dipilih orang mak dgn ayah awak...... xper la...sy xsalahkan awak....semua ni terjadi atas landasan takdir.... eeeemmmmm....

hurmmm....
 kenapa orang yang dekat dengan saya selalu datang dan tinggalkan saya...... mereka datang dan pergi dalam hidup saya....saya rasa lepas ni saya akan kehilangan awak jugak....... dah lama saya tunggu awak sebenarnya...dah lama saya simpan perasaan ini.... saya cuba xbersedia untuk meluahkan pada awak...bagi saya biarlah saya luahkan dekat Allah dahulu.... belum sampai masanya saya menjadi seorang lelaki yang layak di gelar sebagai bakal suami...




saya selalu ingatkan diri saya jangan pernah takut untuk kehilangan seseorang yang bukan milik kita...bukan ker yang kita ada selama ini semuanya pinjaman semua? bukan ker yang kita ada semuanya milik Allah dan bukan milik kita.... saya akan buka hati saya seluasnya sekiranya sesuatu yang diberi pinjam kepada saya akan di ambil kembali ..... ya Allah tabahkan hatiku.... kuatkan hatiku..... teruskan langkahku dalam perjuangan agamaMU.. semoga aku menjadi insan dan hamba yang lebih baik...

selepas ni mungkin saya xada lagi dalam hidup awak...........
sy nak tengok awak gembira dan ceria selalu.......
semoga awak akan menjadi seorang isteri yang baik.....
mempunyai keluarga yang bahagia.....
mempunyai anak yang soleh dan solehah.......

rasa sedih....rasa akan hilang sesuatu yang selama ini yang rasa suka bila bersamanya.....saya mencari bila dia tiada bersama saya....  lepas ini saya akan lepaskan awak pergi...saya akan cuba lupakan awak.... mungkin awak bukan jodoh untuk saya.... awak musafir yang singgah dalam hidup saya yang tak akan saya lupakan.....

mungkin jugak saya xlayak untuk awak........ mungkin jugak klu saya hidup dengan awak awak rasa xselesa...saya sedar sapa diri saya...orang lain yang suka kat awak semua orang hebat2... saya hanyalah saya insan biasa saje.... mungkin awak lebih bahagia tanpa saya... semoga hidup awak sentiasa dilindungi Allah......

betul kata awak:
:pilihan kita belum tentu terbaik ,pilihan ibu ayah mungkin terbaik ,
tapi pilihan Allah sentiasa terbaik,walaupun apa sekalipun bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan pada masa akan dtg. berdoa dan terus berdoa....:



saya memilih awak menjadi sahabat saya kerana Allah.... saya melepaskan awak juga kerana Allah.... saya serahkan pada Allah untuk mengaturkan semuanya.... dan Allah mengaturkan yang awak milik orang lain bukan milik saya....saya terima dengan redha...awak kenangan terindah....






Ahad, 2 Disember 2012

jangan pernah takut~

eerm.... dari minggu lepas lagi saya fikir benda yang sama... teringat lagi..dan rasa macam takut la pulak.... awak pernah cakap yang awak xnak cari pasangan yang datang dari medical staf jugak kan?? nnti klu dua2 kerja shift mcm mana...adoi... betul jugak kata awak tu... hurmm... rasa mcm dah putus dah semangat saya...baru jer saya mula pasang harapan... mula rasa berani nk meluahkan nak dekat dengan awak.... tapi sekarang dah rasa jauh balik.... mungkin luahan ini akan tersimpan buat selamanya.... saya akan kunci mulut dan hati saya kot...... ya Allah..permudahkanlah segala urusan ini...sekiranya Dia milikku permudahkanlah jodoh di antara kami...dan sekiranya dia bukan tercipta untuk aku..Kau tolonglah aku dalam ketentuan ini... buang la perasaan ni jauh2... :(