Jumaat, 30 November 2012

wanita..

‎:: Wanita yg mahal itu adalah yg BERKUALITI,wanita murahan tu yang dah BASI ::

p/s: Setiap manusia punyai HAK untuk memilih wanita yang dia impikan. Kalau lelaki yang beriman dan soleh dia akan memilih wanita yang jual mahal. Bagi lelaki yang memilih wanita murahan, atau seumpamanya andai anda memilih dia maka itu membuktikan anda kuat untuk berdakwah kepadanya.

tidak semua yang pernah menjadi murahan itu akan kekal murah.. Dia akan jadi mahal setelah dia ingin kembalikan kualiti terhadp dirinya sendiri.....

maafkan saya..

kadang ada jugak yang aku terlepas pandang...aku memandang sesuatu dengan pandangan yang kechik... rupanya benda tu merupakan benda yang besar... maafkan saya wahai sahabat... eerrmm.... walau banyak kali aku mintak maaf...aku tetap tidak boleh undur masa yang lepas... aku harap semua ni akan berjalan dengan sempurna tanpa masalah lepasa ni..... maafkan saya sekali lagi awak... saya janji....saya xkan buat semua ni lagi....saya xkan call tempat kerja awak lagi....saya da buat awk segan kat tempat kerja awak....saya dah buat awak malu dengan kawan2 awak... saya jugak dah buat family awak risau akan diri awak... maafkan saya awak....maafkan saya.... ..

Sabtu, 24 November 2012

bercinta dalam diam~



DALAM DIAM TIMBUL RASA SUKA~



Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai dia dalam diam..
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya…
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

kerana diammu…
itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu..
menghindarkan dirimu dari hal- hal yang akan merosak izzah dan iffahmu..

kerana diammu…
itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya..
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT.pilihkan untukmu…

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan…
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah
sahabat…

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan..
kekuatan harapan…hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itudapat berbicara dalam kehidupan nyata…

bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?
dan jika memang ‘cinta dalam diammu’ itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam…

kerana…
jika dia memang bukan milikmu, dengan izin Allah , melalui waktu akan menghapus ‘cinta dalam diammu’ itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu…

biarkan ‘cinta dalam diammu’ itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu…

kerana yakinlah…
Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari.. 
bersabarlah dalam diammu…

Jumaat, 23 November 2012

Alhamdulillah~~

kadang2 dalam kehidupan ini berlaku keajaiban yang kita tidak disangka-sangka, rasa happy sangat dapat chating dengan kamu hari ni,tak sangka2 jugak panjang la pulak chating hari ni... hurmm.. berkat hari jumaat lepas berdoa diantara 2 khutbah kot..hehehe... insyaAllah suatu hari nnti sekiranya diizinkan oleh Allah..semuanya akan dipermudahkan dan terjawab.... saya belum bersedia untuk memimpin kamu menjadi teman hidup ini..biarlah saya memperbaiki diri ini dahulu... biarlah saya memendam rasa ini terlebih dahulu... saya akan terus berdoa untuk kamu... ya Allah tolong lindungi dia dan jagakan dia sebaiknya...aku berserah sepenuhnya padaMU ya Allah..

Ya Allah..terima kasih untuk perjalanan hari di hari ini...... :)

semoga aku tidak terus terlalai bantulah aku ya Allah disaat aku jauh dariMu.. peluklah hatiku diwaktu aku leka dan alpa..kadang2 kita terpaksa menyintai seseorang dari kejauhan dan meninggalkanya di tanagn Tuhan untuk menjaganya~


Khamis, 22 November 2012

jika aku jatuh hati pada kekasihMu



Assalamualaikum doa dan video ini membuatkan aku meremang bulu roma dan air mata membasahi pipi. SubhanaAllah....

~aku serahkan kamu kepada Allah untuk dijaga~

Bismillahirrahmanirrahim ...

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada 
seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, 
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu. 

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh 
hati seseorang yang hatinya bertaut padaMu, agar tidak terjatuh 
dalam jurang cinta nafsu. 

Ya Rabbana, jika aku jatuh cinta, jagalah hatiku padanya 
agar tidak berpaling daripada hatiMu. 

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang 
merindui syahid di jalanMu. 

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah 
kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat 
di sepertiga malam akhirMu. 

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih 
dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia padaMu

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas 
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu

jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.


Jangan....... ..... .....


♥ Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.


♥ Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.


♥ Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.


♥ Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.

♥ Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.


♥ HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya..


by Ustaz Azhar Idrus




dalam hidup ini lelaki dan perempuan diciptakan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. lengkaplah ia dengan niat yang baik. tetapi zaman sekarang, aku rasa dah kurang da mereka yang bercinta dengan niat nak kahwin. bercinta bagi memenuhi nafsu semata-mata banyaklaa sekarang. ye dak?

kalau tak takdelah banyak kes pasal pembuangan bayi sekarang. takdelah kes-kes zina yang berlaku.

kepada lelaki. silalah mencari kekasih untuk dijadikan bakal isteri. janganlah sebagai mengisi masa lapangmu sahaja. bila dikehendaki didekati, bila rasa bosan ditinggalkan. 

kepada kaum adam sila mencintai dirinya dengan ikhlas, niat kerana Allah. Insyaallah, hidupmu pasti akan bahagia...

~LeLaKi PiLiHaN AllaH~


Lelaki Pilihan Allah...

Lelaki Pilihan Allah,
ialah lelaki yang beriman,
Yang hatinya bersalut rasa takqwa,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap islam ,
Yang sentiasa dahagakan ilmu,
Yang haus akan pahala,

Di mana solat adalah maruah dirinya,
yang tidak pernah takut berkata benar,
yang tidak gentar melawan nafsu
yang sentiasa bersama orang-orang yang berjuang di jalan ALlah,


Lelaki Pilihan Allah ,
Adalah lelaki yang menjaga tutur katanya,
yang tidak megah dengan ilmu yang dimilikinya,
yang tidak angkuh dengan harta yang dicarinya,
yang sentiasa membuat kebajikan kerana hatinya yang penyayang.

Lelaki pilihan Allah..
Sentiasa sedia untuk menjadi imam,
yang masjid dijadikan rumahnya
Yang hidup dibawah naugan Al-Quran
serta sentiasa mencontohi Rasulullah,
yang boleh dibawa berbicang dan berbicara,
yang menjaga matnya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran


Lelaki Pilihan Allah...
Adalah lelaki yang tidak pernah membazir masa,
matanya penat kerana membaca,
suaranya lesu kerana berzikir dan mengingati Allah,
tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
bangunya pada subuh dengan penuh kecerdasan, 
usia bertambah selari dengan kematangan,                        


Lelaki pilihan Allah,
sentiasa mengingati mati,
yang baginya dunia adalah ladang akhirat,
yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik,
meneruskan perjuangan islam sebelum hari kemudian ,

Lelaki pilihan Allah...
adalah yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
kerana mengimpikan syurga
dan merindui redha Illahi
kerana itulah matlamat akhirnya.....

( Ya Allah...jadikan aku lelaki pilihan MU )

seMoGa DipErTEmuKan~


semoga Allah akan mempertemukan aku dengan seseorang yang menjadi penyejuk hatiku...Aku tidak mencarimu tetapi Allah menemukan kita di saat kita masih tercari-cari haluan dalam hidup. Kau membawa sinar dalam hidupku. Bukan kerana rupa jua bukan kerana harta aku memilihmu, semuanya kerana agama dan pegangan yg ada padamu. Tanpa bersua muka kita pertahankan hubungan ini semata2 utk mendptkan keredhaan ilahi dan demi menjaga syariatnya. Aku menyangimu dan mencintaimu kerana ALLAH dan akan selamanya menyayangimu wpun kau tidak di takdirkan menjadi milikku..ya Allah pertama kali kau temukan aku dan dia ya Allah rasa itu sudah hadir ya Allah,,, tetapi adakah dia dicatatkan untukku?? kuserahkan padaMu ya Allah ssungguhnya yang ditakdirkan untukku adalah terbaik :)

aku serahkan dia kepada Allah yang mengatur segala ketentuan...

kerana ALLAH menggerakkan hati aku..

Sesungguhnya terdapat banyak hadith Rasulullah SAW yang menerangkan kedudukan dan darjat dua manusia yang saling cinta mencintai kerana Allah. Hadis-hadis ini menggambarkan kedudukan mereka yang mulia dan tinggi yang telah disediakan oleh Allah di dalam SyurgaNya. Di antara hadis-hadis itu ialah yang menceritakan kisah tujuh golongan lelaki yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungannya ketika mana tidak ada lagi naungan yang lain kecuali naungan Allah sahaja.




Hadis yang bemaksud:

“Mereka itu ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang membesar di dalam beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya terikat kepada masjid-masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita jelita dan cantik rupawan lalu ia berkata “aku ini takut kepada Allah”, seorang lelaki yang bersedekah melalui tangan kanannya lalu disembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengatahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, dan seorang lelaki yang berzikir kerana Allah (yang mengingati Allah) bersunyi ( keseorangan) lalu mengalir air matanya”
( muttafaqun alaihi) 

Ini adalah dalil dan nas yang jelas menggolongkan dia sebagai orang yang berkasih sayang kerana Allah di kalangan tujuh orang yang baik lagi terpilih untuk dinaungi dibawah naungan-Nya. Inilah penghormatan dan kemuliaan paling tinggi yang dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Di manakah lagi kita akan dapati kemuliaan yang seperti itu ???

Sesungguhnya kemulian ialah hak bagi kedua-dua orang yang berkasih sayang kerana Allah S.W.T. Dimana pada hari tersebut (kiamat) Allah Taala Rabbul Izzah menyeru mereka dan mempersilakan mereka untuk menerima anugerah yang paling tinggi, iaitu pada hari berhimpunnya sekelian bani (anak) Adam di Padang Mahsyar yang maha luas itu.

Diriwiayatkan oleh Muslim didalam hadis Qudsi yang bermaksud:

“Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali nuangan-Ku”

Alangkah tingginya kemuliaan mereka. Alangkah sempurnanya ganjaran yang akan mereka dapati kerana mereka berkasih sayang kerana Allah.

Sesungguhnya cinta kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain sahaja yang ada dalam hidup ini. Hidup ini adalah hidup yang penuh dengan pelbagai kepentingan diri dan pelbagai perkara yang disukai oleh hawa nafsu. Jadi, cinta kerana Allah dalam suasana yang demikian sangat payah untuk dicapai dan dicari. Tiada siapa yang mampu mencapainya kecuali orang yang telah bersih jiwanya, tinggi semangatnya dan mereka mampu melihat betapa hinanya dunia ini berbanding keredhaan 

Allah. Tidak hairanlah kalau Allah telah menyediakan bagi mereka darjat yang tinggi sesuai dengan ketinggian mereka didunia dalam mengatasi segala kesibukan dunia yang serba mewah dan penuh dengan perhiasan ini.

Kita dapati keterangan demikian dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muaz dari Rasulullah S.A.W baginda bersabda:

“Allah Azzawajalla berfirman: orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku, mereka mempunyai beberapa-beberapa mimbar dari cahaya, para nabi dan shuhada yang menyukai mereka ”

riwayat Attarmizi

Marilah sama-kita renung seketika hadis-hadis Abu Hurairah (R.A)

maksudnya:
” Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya (sahabat) di sebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh malaikat memerhatikannya di atas jalannya. Maka tatkala dia sampai dia berkata : Engkau hendak ke mana ? Lelaki tersebut menjawab: Aku hendak menemui seorang saudara ku di kampung itu. Malaikat bertanya lagi ” Adakah engkau telah berbudi kepadanya dan engkau mengharapkan balasannya?” Beliau menjawab ” tidak, aku mencintainya kerana Allah” Maka malaikat itu brekata kepadanya “Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau, sesungguhnya Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia kerana Allah.

kita bagaikan dua titis embun
yang bertemu di lautan kehidupan
adakalanya badai nyaris mengusik ketenangan kita
namun pada cinta
kita sentiasa pegang
kekasihku
ku berikan hatiku
ku berikan mataku
agar dirimu bisa melihat
bagaimana cintaku menjagamu
ingin ku kekal selalu bersamamu
berdampingan dan menjagamu
dan suatu hari nanti
ku harap kita bertemu
sebagai bintang yang berpasangan di angkasa sana nanti

ya Allah permudahkanlah.....


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
Pintu hati saya diketuk perasaan rindu. Rindu pada sesusuk tubuh yang bersusah payah mendidik diri saya sejak kecil. ayah pergi sewaktu kami masih memerlukan ayah..seakan mimpi ayah pergi meninggalkan kami..ya Allah tempatkan ayah bersama mereka yang beriman,kami menerima ketentuan ini... namun, sehingga kini saya masih merindui arwah ayah. Bagi saya, ayah yang saya miliki satu dalam seinfiniti bilangan yang ada di dunia. Tiada siapa yang dapat menggantikan tempat ayah di hati saya ini.


Mana mungkin saya akan terus melupakan ayah, walaupun ayah sudah tiada di mata saya. Bagi saya, ayahlah penawar duka dan lara saya setelah ibu. Sungguh pun ayah saya bukanlah seorang yang kaya harta, namun, bagi saya ayah saya kaya di jiwa dan berhati mulia.

Aku MendOakANmu DaLaM suJuDku..


Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ... kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosakkan kesucian dan penjagaan hatinya..

kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu.. menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan merosak izzah dan iffahmu ..

kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya ..kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH pilihkan untukmu ...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali? yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan... tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan .. kekuatan harapan... hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata.. bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padaNya ?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ...

jika dia memang bukan milikmu, moga Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat bagimu...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu ..

ku akan terus mencintainya didalam diamku..walaupun kutahu ku tak layak untuk memilikinya. hanya keikhlasan saja mampu untuk kuberikan kepadanya.....

hanya seutus surat sebagai tanda ketulusan hati dan keikhlasan jiwaku.

LaGu Yg MenBawA 1000 Makna...



Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku katakan kau gadis idaman
Adakah mungkin kau kumiliki
Untuk aku jadikan insan bernama kekasih
Keayuan yang tergambar lukisan nur iman
Bersulamkan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Mengusir segala resah di jiwa

Ku sampaikan salam ucapan mesra
dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untukku melafazkan cinta
Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran dariNya
Padaku kau memendam rasa
PadaMu oh tuhan
Ku mohonkan keredhaan
Nur Kasih yang ku damba
Kekal hingga ke syurga
Hanya satu yang ku pinta kebaikan dariNya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahagia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia
Datanglah kasihmu dalam diriku
Menghiasi ruang hatiku
Akan ku sambutnya dengan
Sujud penuh kesyukuran
Ku harap jalinan kan berpanjangan
Selagi kasih yang terbina
Kerana cinta kepadaNya
Kau kusayangi teman sejati
Dikaulah sesungguhnya
Insan bernama kekasih..
ingatlah..ketika kita susah,ditimpa bencana..kepada Allah juga kita kembali dan tika kita lemah ..jadikan ALLAH sebagai tempat untuk meluahkan rasa..Walau apa pun rasa pedih yang kita rasa..hanya Allah yang tahu..begitu perit penderitaan yang ditanggung..Allah juga Yang Maha Mengetahui...
semuanya hanya Kamu dengan Allah....Tuhan Yang Maha Penyayang dan Maha Pendengar setiap rintihan hambaNya.."


"jika kita rasa berputus harap dan lemah ingatlah Allah selalu ada untuk kita,,Dia tak pernah jemu bersama kita,sebaliknya manusia lah yang selalunya tanpa sedar lupa akan kewujudanNya pada setiap saat bersama kita,,
Allah s.w.t melarang kita dari berputus asa. Allah menyatakan dengan jelas dalam Al-Quran bahawa sifat putus asa bukanlah sifat seorang Muslim. Seorang Muslim adalah seorang yang tidak mengenal erti putus asa dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara"

"Biar kepahitan itu pergi, agar kemanisan mengisi..
biarkan kekecewaan berlalu, agar kegembiraan mewarnai..
biarkan kegelisahan lenyap, jagan kita hilang semangat..
biar penderitaan itu menyapa, agar kekuatan menjana semula..
biarkan diri ini menderita, agara aku tahu kepahitan derita ini..
agar aku sedar kesengsaraan ini..
tak sama bahkan hanya secebis dari penderitaan Rasulullah saw.
Tuhan tidak sesekali menzalimi hamba-Nya
tapi manusia yg menzaalimi diri mereka sendiri..
cahaya kelam pahala dosa..berupaya memilihnya..
walau kadang kala tersasar lantaran pautan rasa nafsu..
namun peluang dari-Nya sentiasa ada..
namun kasih dari-Nya sentiasa memayungi..
diturunkan ad-din menperhalusi akal..
dianugerahkan akal memperhalusi akhlak..
dikurniakan akhlak mencantikkan pekerti..
menjadi sebaik-baik umat tunduk sebagai hamba,
berjalan sebagai khalifah..
menyusuri kehidupan mencari sebutir permata"IMAN"
meyemai sepohon "TAQWA"
agar dapat berteduh dari kepanasan "NAFSU"
agar dapat berlindung dari angin hasutan "SYAITAN"
dalam mencari "KEREDHAAN ALLAH SWT"............"

jAuhKan Aku DaRi PerKArA seBeGiNi


Bayangkan setiap 15 minit berlaku perceraian … Begitulah rapuhnya rumah tangga umat Islam di Malaysia. Rumah tangga adalah benteng terakhir ummah, tempat bermulanya tapak generasi. Jika di situ sudah bermasaalah,  di tempat lain tidak dapat dibayangkan lagi.  Ada sahaja kisah suami yang curang, isteri yang beralih cinta. Kekadang anak telah dua, tiga dan empat… tetapi masih ingin memburu cinta. Ada yang memburu di alam nyata (menjejak semula kekasih lama atau terjumpa kekasih baru), ada yang memburu cinta di alam siber – bencinta lewat laman sosial internet yang serba maya.
 Entah apa yang diburu oleh manusia ini… yang hidup di dunia tanpa menyedari hari kembalinya yang pasti ke akhirat. Di mana diletakkan Allah dalam peta cintanya sesama manusia. Suami yang ada dipersia, lelaki lain pula dicari sebagai ganti. Konon suaminya tidak bertanggung jawab, tidak romantik, tidak pandai membelai atau apa sahaja. Berikan nama yang buruk pada anjing dan bunuh saja! Begitu kata pepatah Inggeris. Apabila hati sudah berubah, segala kebaikan dahulu dilupakan. Ada pula, isteri yang di sisi sudah setia, perempuan baru pula diburu kononnya demi cinta sejati. Segala yang buruk-buruk dibongkar, dijadikan justifikasi untuk menghalalkan cinta baru yang digilai siang dan malam.
Manusia-manusia itu seperti kelkatu yang terbang menuju sumber cahaya. Sudah ramai yang terhantuk lalu jatuh bergelimpanagan di lantai… namun kelkatu yang lain masih terus terbang menuju tempat yang sama. Tidak pernah ada yang mengambil iktibar daripada korban-korban yang telah bergelimpangan. Maka begitulah suami atau isteri yang tertipu ini, memburu cinta bagaikan kelkatu memburu cahaya…
Percayalah, tujuanmu tidak akan tercapai, bahkan akan terjadi kebinasaan. Namun dia degil, dia pergi jua. Percayalah, tidak akan ada ketenangan dan kebahagiaan di atas kesusahan, kezaliman dan penindasan terhadap orang lain (apatah lagi yang dizalimi itu isteri atau suami atau anak-anak mu sendiri). Allah benci orang zalim! Dan kebencian itu sudah cukup untuk menyebabkan penderitaan seumur hidup.
Mengapa kau zalimi anak mu, isteri atau suami mu? Apakah dosa mereka terlalu besar hingga kau tidak sudi lagi memaafkan? Apakah kau tidak menyedari bahawa pasangan mu adalah cermin kepada diri mu sendiri? Maksudnya, siapa pasangan kita ditentukan juga oleh siapa kita  yang sebenarnya? Dirimu dan pasanganmu saling mencorakkan. Ketika palitan hitam kau katakan ada pada wajahnya, sedarkah engkau bahawa kau juga yang pernah melakarkannya? Jadi, bertanggung jawablah. Jangan lari. Binalah semula rumah tangga mu… kerana cinta yang ada di tanganmu kini adalah nyata, manakala yang kau buru itu mungkin hanya fotomorgana. 
Bagi suami atau isteri yang ditinggalkan… sedarkan dia. Doakan dia. Berusahalah sedaya mungkin untuk ‘mengembalikan’ dia kepada cinta yang nyata. Namun kalau dia berdegil, biarlah dia pergi. Hidupmu terlalu singkat untuk ‘dirosakkan’ oleh dia seorang. Ingat dia itu bukan cinta nombor 1!    

ISTIKHARAH ITUPUN PERLU MUJAHADAH.


Mengapa sukar benar hidup bersamanya? Mengapa kini dia berubah laku? Kenapa dia tidak seperti yang saya harapkan dulu? Padahal dia ada pilihan saya setelah solat istiharah. Apakah solat istikharah saya itu tersalah. Atau saya tidak faham petunjuk sebenar daripada Allah hasil istikharah saya dahulu? Saya sungguh menyesal.
 Begitulah antara suara rintihan dan kelohan yang kerap kita dengar samada daripada mulut isteri atau suami setelah beberapa lama mengharungi kehidupan rumah tangga. Apabila ‘warna sebenar’ pasangan kita terserlah yakni setelah lima tahun rumah tangga berumah tangga, maka pada waktu itu ada yang ‘reverse’ ke belakang, dirasakannya masalah kini adalah akibat tersalah membuat pilihan pada awal perkahwinan.
 Ini bukan muhasabah yang sehat. Sebaliknya, ini adalah satu musibah yang berat. Tidak ada gunanya ‘menggergaji abuk kayu’. Masa yang berlalu tidak akan berulang kembali. Kesalahan atau kesilapannya tidak akan dapat diperbetulkan lagi. Sebaiknya bersangka baiklah kepada Allah… dia suami atau isteri kita itu ialah takdir yang telah maktub untuk kita. Dia dan kita telah ditakdirkan Allah hidup bersama.
 Jangan ada di dalam hati kita rasa menyesal, rasa terlanjur, yang kita telah tersalah pilih. Tidak sekali-kali. Sekalipun pilihan kita tepat, tetapi kita tetap diuji. Maksudnya, istikharah yang betul dan tepat sekalipun bukanlah jaminan untuk kita tidak diuji. Istikarah kita tetap mengundang musibah… kerana itulah sunnatullah yang tidak berubah-ubah dan tidak sekali-kali bertukar ganti. Hidup dan mati kita adalah untuk di uji. Dunia dan medan rumah tangga hakikatnya adalah medan ujian siapakah diantara kita yang terbaik amalannya.
 Pasrahlah dengan pilihan yang kita telah lakukan lewat istkharah. Kata bijak pandai, setiap perkahwinan dibina atas dasar niat, harapan dan impian yang baik namun setiap pasangan suami isteri bertanggung jawab memupuk, membajaai dan menjaga benih kebaikan itu agar tumbuh menjadi pohon yang rendang. Perkahwinan Nabi Adam dan Siti Hawa yang berlaku di syurga itupun ditakdirkan terdampar di dunia untuk diuji dengan pelbagai kesusahan dan penderitaan.
 Jika sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan…ya itu sekiranya pangkal jalan kita salah. Namun bagaimana jika pangkal jalan kita sudah benar tetapi kita menghadapi masalah di tengah perjalanan? Jawabnya, teruskan perjalanan. Jangan berpatah balik. Namun telitilah satu persatu apa yang kita telah tersalah, belajar daripadanya. Jangan ulangi kesalahan yang sama berulang kali… cukup hanya sekali kerana orang mukmin itu tidak akan terjerumus dalam lubang yang sama dua kali.
 Jangan salahkan istikharah kerana itu sama dengan menyalahkan diri sendiri dan menyalahkan Allah. Apa yang penting, tanamkan di hati, bahawa Istikharah kita telah tepat, cuma setepat manapun pilihan kita hasil petunjuk Allah, kita tetap akan diuji. Ingat selalu, pilihan yang tepat hasil istikharah itu umpama benih yang baik. Ya, benih yang baik sekalipun memerlukan baja, cahaya, air dan dijaga dari gangguang serangga untuk bertunas, berdaun, berbunga dan akhirnya berbuah. Jadikanlah diri kita suami atau isteri yang umpama tukang kebun yang rajin bekerja di kebun cinta!